Tuesday, July 8, 2014

Aku Melamar kamu!!

8 Ramadhan 1435H (6 Julai 2014) kali aku pertama aku melamar kamu. Video khas aku cipta khas utk menjadi wakil diriku utk melafaz kata-kata.

Setibanya di kawasan masjid selat Melaka, aku trus mainkn video tu dan aku pergi mengerjakan solat zohor. Walaupun keadaan itu aku sangat gementar dan gelisah, namun aku berdoa supaya Allah swt menenangkan jiwaku dlm sebarang ke mungkinan yg berlaku.
Sebentuk cincin dan kad Hari raya dan aku reka sendiri serta sekeping nota utknya diletakkan di dashboard kereta aku. Sungguh cantik dan manis serta sesuai apabila cincin itu disarungkn dijarinya. Tepat jangkaan aku dgn sizenya.. 

Namun sehingga kini aku masih belum dpt jawapn yg pasti darinya sama ada terima lamaranku atau tidak.

Aku bernekad utk lakukkan ini semua demi kerana aku benar2 bersedia utk memperisterikan kamu Nornabilah binti Ahmad. Aku bersedia utk menjadi imammu suatu hari nanti.

Aku sentiasa berdoa agar Allah swt lembutkan hatimu dpt menerimaku semua. Segalanya aku berserah pada yang Esa. Aku tetap gembira kerana aku dpt luahkan segalanya kepada kamu..

" Nornabilah binti Ahmad, sudikah engkau menjadi Halal buatku ? ?

Aku masih menunggu jawapan drimu syg...

Semoga Allah satukan kita....Insyallah

Aku akn tinggalkan semuanya

6 July 2014 bersamaan 8 Ramadhan 1435H. Sekian lama aku tidak bawa org yg aku syg dlm hidup berjalan2, sekali lagi aku bawanya ketempat yg pernh aku bawanya pergi dulu.

Perlawaan aku sedikit pun die tidak menolak. Aku sgt happy itulah sebahagia Ramadhan yg penuh makna bagi diriku.

Kenangan aku 1st time naik Melaka cruise bersamanya berwarna kembali apabila sekali lagi aku membawanya naik.

Aku terlihat senyuman dan kegembiraanya tapi hati aku masih takut.
Sepanjang 2 hari aku mengambil cuti dipenuhi bersamanya. Aku cuba bertahan dan sabar utk mengambil hatinya semula.

Allah telah mengaturkan dengan baik. Di temani sahabt2 aku Apek/isteri dan syah bersama Teman wanitanya. Kami berbuka puasa bersama2 dan berjalan2 sekitar melaka.
Walaupun penat tpi aku happy. Bila dapat bersama Nabilah. Aku memohon pada Allah swt agar suatu hari nanti dia akn sentiasa bersamaku dan aku ingin menghabiskn sisi hidupku bersamanya Amin..

Kini aku lebih kuat tinggalkan semua hobby aku dlm dunia kereta sementara waktu. Aku kena kerja keras utk mencari duit utk menjadikan hubungan kami lebih baik dan di redhai. Walaupun Nabilah belum pernh mengungkapkan apa terima aku atau pun tidak tpi cuba jadikan ini semua sbgai cabaran dlm hidup aku. Kerana Dia adalah kekuatan aku skrg...Sayang aku cinta aku utk dia. Insyallah aku akn jadi suami yg trbaik utk kamu 1 hari nanti..

Saturday, July 5, 2014

Jangan Membenci diriku

Selepas 2minggu lalu bertemu hari ini baru dpt bertemu dgnnya. Ia aku tak nafikan hati aku dan perasaan aku umpama aku baru jatuh cinta dgn kamu.

Tapi aku dpt rasakn perasaan kamu trhdp aku masih hambarkan. Aku betul2 kesal dgn sikap aku yg dulu. Aku dpt rasakan kini aku juga sgt kecewa dgn sikap aku.

Andai engkau pergi memilih yang lain. bagaimna cara aku nk memaafkn diri aku.
Mungkin aku akn pergi jauh. Tapi aku tak dpt bygknnya..

Sayang aku trlalu dlm. Rindu aku selalu kuat. Cemburu ku semakin buta. Kerana aku trlalu sygkn kamu Nornabilah bt Ahmad.

Ya Allah lembutkan hati dia.....

"Jika Kesilapanku yang dulu menjadi mimpi ngeri, curahkannya dgn kenangan indah yg pernah kita lalui agar ia kembali segar dan bahagia"

Nabilah skrg aku hadir utk meyambung cinta kita bukan ingin melukakn hatimu lgi. Aku akui aku semakin syg. Dan aku semakin takut kehilanganmu...

Friday, June 27, 2014

Istikharah Cinta TakumiOnizuka

" Sejauh Mana Aku Pergi Dia Masih ada Di Dalam Hati "

Adakah itu dinamakan jodohku. Hampir seminggu aku bertahjud dan BerIstikharah pada setiap malam selepas balik dari kerja dan sebelum aku tertido. Mohon pertunjuk yang baik-baik.



" Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon petunjuk memilih yang baik menurut PengetahuanMU, aku mohon kepastian dengan kudratMU dan aku memohon dengan kurniaanMu yg amat banyak kerana sesungguhnya Dikau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Dikau Amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Dikaulah Maha mengetahui segala sesuatu yang ghaib. Ya Allah jika dikau mengetahui bahawa urusan ini.........baik bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, buat masa kini dan masa akan datang maka takdirkalah ia kepadaku dan permudahkannya untukku, kemudian berkatilah daku kepadanya. Tetapi jika di dalam pengetahuanMu  hal ini tidak baik untukku, agamaku, penghidupanku dan tidak baik akibatnya bagiku, baik masa sekarang ataupun masa datang, maka hindarkanlah ia daripadaku dan eloklah daku daripadnya dan tentukanlah kebaikan untikku dimana sahaja daku berada kemudian redhakanlah daku denganya. Sesungguhnya dikau berkuasa di atas segalanya.."

Puas aku bertanyakan pada hati, memujuk hati yang kian mudah rajuk dan murung, apa yang boleh membahagiakan kau seperti dulu? Naluri aku berkata cukuplah hanya dia dapat menerima engkau kembali seperti dulu. 

Pengalaman yang lama terlalu banyak aku mengabaikannya, sehingga menjadi pahit baginya. Aku tahu kesengsaraannya saat ketiadaan aku. Bukan aku ambil mudah untuk kita. Kini aku betul-betul terduga untuk memiliki kamu semula. Aku merasakan betul-betul terduduk apabila dapat mengetahui engkau semakin tawa denganku apatah lagi aku mengetahui juga ada insan lain yg sedang menjemput kedalam hidupnya. 

Aku tahu harapanku mungkin semakin tipis, apatah lagi aku ini pernah melukakan hati kau jika nak dibandingkan yang lain sedang menjaga dan mengambil berat tentangmu. Aku hanyalah berbekalkan sedikit memori lama untuk dijadikan benih kebahagiaan kita. Kini aku meyedari engkau sebenarnya yang layak didalam hatiku. Sayang dan cinta aku masih untukmu. Sehingga kini aku masih menunggu peluang sekali lagi untuk aku perbetulkan hubungan kita yang aku runtuhkan dulu.

Aku akan terus berdoa untuk jodoh kita, dan berpanjangan semoga suatu hari nanti kita akan disatukan dengan satu ikatan pernikahan yang sah. Aku akan menjadi suami mu dan engkau jadi isteriku yang paling aku sayang. Insyallah aku akan memimpinmu kejalan syurga. 

" Sekali aku pernah lukakanmu tidak bermakna aku akan sentiasa buat engkau bersedih kerana kini kebahagiaanmu adalah kebahagiaanku dan sebahagiaan tanggungjawabku. "

"Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia,cukup cubaan untuk membuat kamu kuat,cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya,dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan."

"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan"

2 Hari 20 Jam

Akhirnya aku tewas lagi, aku memberanikan diri untuk text dia. Walaupun aku dilarang text atau call die atas permintaanya, tapi aku gagahkan diri utk sms pula. 

Aku tidak mampu hidup bersaingan apatah lagi ia melibatkan soal hati. Dan apabila aku mengetahui aku punya saiangan untuk memilikinya sudah tentu aku lebih merendahkan diri. Aku sedar aku pernah meyakitkan hatinya. 

Terduduk aku sepanjang 2 hari ini. Makan x menentukan hidup x teratur tidur tidak cukup. Kepala dan pemikiran aku sering mengingatkan dia. Beginilah CINTA, hampir lumpuh semangat aku apabila kau mendiamkn diri. 

Kini aku betul-betul belajar untuk setiap waktu dan detik untuk lebih menghargai kamu Nornabilah. Aku kecewa dgn apa yg aku lakukan pada kau sehingga kerana aku engkau mengalirkan air mata. Dan saat airmata engkau mengalir aku tiada disisi untuk mengesat dan memujuk mu. 

Aku kesal dgn perbuatanku. Maafkanku sayang. Jika masih ada peluang izinkan aku berada disisimu. Aku berjanji aku akan jadi lelaki yang terbaik disisi mu. 

Aku tahu aku pernah buat silap, aku tahu aku pernah lukakan hati kamu. Tapi tidak bermakna aku akan buat engkau bersedih selamanya. Dengan apa yang kita dah lalui, dengan apa yang telah aku terduga, membuatkan aku lebih matang dalam hubungan kita. 

Kita dah byk lalui suka-duka. kita pernah lalui bahagia. Kita akan sama-sama bina semula hubungan kita yang lebih baik. Insyallah. Kita sama-sama berdoa agar jodoh kita kuat dan akan disatukan suatu hari nanti.

Mak & Ayah serta keluargaku tiada halangan untuk kita teruskan. yang pastinya Mak sudah tahu niat ku untuk lebih serius dalam hubungan kita. Maafkan aku pasal hal yang dulu. kerana tidak kematangan aku didalam perhubungan membuatkn kau terluka. 

Semoga suatu hari nanti hati engkau akan terbuka untuk menerimaku... Itulah hari yang paling aku tunggu...

Terima kasih kerana sentiasa memberi aku ruang untuk memperjelaskan.. Aku tahu kau masih meyayangi aku. Tapi kau masih sangsikan..aku tidak salahkan atas kesangsian kau. tapi aku akan buktikan bahawa aku akan meyayangi kamu hingga akhir hayatku..Insyallah..

Nukilanku'
Orang Gila

Thursday, June 26, 2014

Aku dan Dia

Hari kedua tanpa berita, aku terpaksa lalui dengan penuh kesunyian dan resah. Setiap masa aku tepuk dada dan hati aku lalu berkata " Remy Kuat dan Remy Mesti kena redha ".

Sebenarnya hati dan naluri aku terasa kamu datang ke sagamat bawa cinta semula hari ini, rupanya itu hanya mainan hati mungkin hnya ingin meredakan hati. haishhh...berangan rupanya aku..

Sepanjang masa aku cuba sibuk kan diri. Aku bertuah ketika ini Movie Transformer 3 baru sahaja kluar dan ramai orang. So aku boleh curi kesibukan disitu.

Petang tadi Shah antara sahabat aku kat sini datang menjenguk aku. Dia dan apek tahu kisah aku kerana ada sedikit aku menceritakan dan luahkan pada dia. Kemudian aku mengajak dia minum petang. Tiba-tiba aku terlihat sepasang mungkin suami isteri yang anggaran umur awal 30an duduk berdua minum petang.
Terus hati aku berkata, aku rindu dia. Apa yang aku lihat di hadapan mata aku itu serupa seperti dulu aku dan engkau duk minum bersama. Maafkan aku kerana aku rosakkan kebahagiaan kita.

Kini aku hadir mengubat luka sayang. Aku ingin kita bahagia bersama. Serius aku amat merindukan kamu. Namun aku redha dengan apa yang berlaku dan keputusan dari kamu. Walaupun pahit terpaksa aku telah kerana kebenaran itu kadang-kadang meyakitkan..


" Berilah aku peluang sekali lagi Nor Nabilah Binti Ahmad"

Tuesday, June 24, 2014

Hari Pertama 25 Jun 2014

Aku seolah-olah sudah merasa kehilangan seseorang seumur hidupku. Adakah ini pertanda awal atau dugaan aku untuk tabah dan sabar. Adakah benar aku ni bahagia selepas sengsara?

Aku tahu tidak semua perkara itu kita belajar melalui kesilapan kita dan baru itulah kita mahu sedar. Apatah lagi apabila ia melibatkan perasaan dan hati. Pasti ada orang lain terlibat merasakn sengsara dani menjadi fobia serta akan terus berhati-hati.


Aku terasa sunyi, tiada lagi mainan hati yang boleh aku ungkapkan. Hati sering bertanya pada diriku, adakah dia sebenarnya ingin memilih insan lain, tpi kehadiran aku meyebuk mengganggu hubungan mereka? Ya Allah fikiran negetif apakah yang sedang bermain di fikiran aku ni.

Namun perkara yang sebaik-baik aku kena fikir adalah JODOH ITU RAHSIA ALLAH, apa yang terjadi ada hikmahnya. Insyallah aku akan berusaha dan sabar sehingga aku yakin dia betul-betul dah buang aku dalam hidupnya, tapi tidak bermakna aku berhenti berdoa untuk kebahagiaan kami suatu hari nanti.

Insyallah.

Semoga Kebahagian kita hingga Ke syurga

Semoga Kebahagian kita hingga Ke syurga

Dari Lagu Hati Aku Berkata:


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com