Friday, June 27, 2014

Istikharah Cinta TakumiOnizuka

" Sejauh Mana Aku Pergi Dia Masih ada Di Dalam Hati "

Adakah itu dinamakan jodohku. Hampir seminggu aku bertahjud dan BerIstikharah pada setiap malam selepas balik dari kerja dan sebelum aku tertido. Mohon pertunjuk yang baik-baik.



" Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon petunjuk memilih yang baik menurut PengetahuanMU, aku mohon kepastian dengan kudratMU dan aku memohon dengan kurniaanMu yg amat banyak kerana sesungguhnya Dikau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Dikau Amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Dikaulah Maha mengetahui segala sesuatu yang ghaib. Ya Allah jika dikau mengetahui bahawa urusan ini.........baik bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, buat masa kini dan masa akan datang maka takdirkalah ia kepadaku dan permudahkannya untukku, kemudian berkatilah daku kepadanya. Tetapi jika di dalam pengetahuanMu  hal ini tidak baik untukku, agamaku, penghidupanku dan tidak baik akibatnya bagiku, baik masa sekarang ataupun masa datang, maka hindarkanlah ia daripadaku dan eloklah daku daripadnya dan tentukanlah kebaikan untikku dimana sahaja daku berada kemudian redhakanlah daku denganya. Sesungguhnya dikau berkuasa di atas segalanya.."

Puas aku bertanyakan pada hati, memujuk hati yang kian mudah rajuk dan murung, apa yang boleh membahagiakan kau seperti dulu? Naluri aku berkata cukuplah hanya dia dapat menerima engkau kembali seperti dulu. 

Pengalaman yang lama terlalu banyak aku mengabaikannya, sehingga menjadi pahit baginya. Aku tahu kesengsaraannya saat ketiadaan aku. Bukan aku ambil mudah untuk kita. Kini aku betul-betul terduga untuk memiliki kamu semula. Aku merasakan betul-betul terduduk apabila dapat mengetahui engkau semakin tawa denganku apatah lagi aku mengetahui juga ada insan lain yg sedang menjemput kedalam hidupnya. 

Aku tahu harapanku mungkin semakin tipis, apatah lagi aku ini pernah melukakan hati kau jika nak dibandingkan yang lain sedang menjaga dan mengambil berat tentangmu. Aku hanyalah berbekalkan sedikit memori lama untuk dijadikan benih kebahagiaan kita. Kini aku meyedari engkau sebenarnya yang layak didalam hatiku. Sayang dan cinta aku masih untukmu. Sehingga kini aku masih menunggu peluang sekali lagi untuk aku perbetulkan hubungan kita yang aku runtuhkan dulu.

Aku akan terus berdoa untuk jodoh kita, dan berpanjangan semoga suatu hari nanti kita akan disatukan dengan satu ikatan pernikahan yang sah. Aku akan menjadi suami mu dan engkau jadi isteriku yang paling aku sayang. Insyallah aku akan memimpinmu kejalan syurga. 

" Sekali aku pernah lukakanmu tidak bermakna aku akan sentiasa buat engkau bersedih kerana kini kebahagiaanmu adalah kebahagiaanku dan sebahagiaan tanggungjawabku. "

"Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia,cukup cubaan untuk membuat kamu kuat,cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya,dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan."

"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan"

No comments:

Post a Comment

Semoga Kebahagian kita hingga Ke syurga

Semoga Kebahagian kita hingga Ke syurga

Dari Lagu Hati Aku Berkata:


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com