Friday, June 27, 2014

2 Hari 20 Jam

Akhirnya aku tewas lagi, aku memberanikan diri untuk text dia. Walaupun aku dilarang text atau call die atas permintaanya, tapi aku gagahkan diri utk sms pula. 

Aku tidak mampu hidup bersaingan apatah lagi ia melibatkan soal hati. Dan apabila aku mengetahui aku punya saiangan untuk memilikinya sudah tentu aku lebih merendahkan diri. Aku sedar aku pernah meyakitkan hatinya. 

Terduduk aku sepanjang 2 hari ini. Makan x menentukan hidup x teratur tidur tidak cukup. Kepala dan pemikiran aku sering mengingatkan dia. Beginilah CINTA, hampir lumpuh semangat aku apabila kau mendiamkn diri. 

Kini aku betul-betul belajar untuk setiap waktu dan detik untuk lebih menghargai kamu Nornabilah. Aku kecewa dgn apa yg aku lakukan pada kau sehingga kerana aku engkau mengalirkan air mata. Dan saat airmata engkau mengalir aku tiada disisi untuk mengesat dan memujuk mu. 

Aku kesal dgn perbuatanku. Maafkanku sayang. Jika masih ada peluang izinkan aku berada disisimu. Aku berjanji aku akan jadi lelaki yang terbaik disisi mu. 

Aku tahu aku pernah buat silap, aku tahu aku pernah lukakan hati kamu. Tapi tidak bermakna aku akan buat engkau bersedih selamanya. Dengan apa yang kita dah lalui, dengan apa yang telah aku terduga, membuatkan aku lebih matang dalam hubungan kita. 

Kita dah byk lalui suka-duka. kita pernah lalui bahagia. Kita akan sama-sama bina semula hubungan kita yang lebih baik. Insyallah. Kita sama-sama berdoa agar jodoh kita kuat dan akan disatukan suatu hari nanti.

Mak & Ayah serta keluargaku tiada halangan untuk kita teruskan. yang pastinya Mak sudah tahu niat ku untuk lebih serius dalam hubungan kita. Maafkan aku pasal hal yang dulu. kerana tidak kematangan aku didalam perhubungan membuatkn kau terluka. 

Semoga suatu hari nanti hati engkau akan terbuka untuk menerimaku... Itulah hari yang paling aku tunggu...

Terima kasih kerana sentiasa memberi aku ruang untuk memperjelaskan.. Aku tahu kau masih meyayangi aku. Tapi kau masih sangsikan..aku tidak salahkan atas kesangsian kau. tapi aku akan buktikan bahawa aku akan meyayangi kamu hingga akhir hayatku..Insyallah..

Nukilanku'
Orang Gila

No comments:

Post a Comment

Semoga Kebahagian kita hingga Ke syurga

Semoga Kebahagian kita hingga Ke syurga

Dari Lagu Hati Aku Berkata:


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com