Tuesday, June 21, 2011

taKumi Jangan Berhenti Bernafas...

Dalam segala apa pun keadaan aku harap aku dapat terus bernafas....aku tak nak sakit..dengan janji dan harapan...ingat this is your new life takumi....25 years 43days 9.45minutes aku mengenali diri kau....aku tahu ko kuat..dan aku tahu kau bleh menghadapi segala apa yang terjadi..teruskan berdoa kepada Allah swt..sesungguhnya die lebih mengetahui dan dapat membantu..

Banyak perkara lagi harus kau fikirkan..terutama kerjaya kau sekarang..company perlukan kau utk membantu meningkatkan reputasi company yang semakin merundum...kau lupa bos kau ckp apa..bulan ni sejak kau masuk sales bertambah baik?? kekalkan dan terus berkerja keras utk masa depan kau...andai kau berjaya memulihkan MBO Melaka ni...kau akan balik ke Johor....dan insyallah rezeki kau semakin bertambah....

Aku sentiasa menjadi peneman diri kau kerna aku adalah jasad yang paling hampir dengan kau...iaitu semangat kau sendiri...jangan fikir pada satu sudut..tapi fikir dari segi apa yang kau telah lalui selamani...
Jika ada...adalah die utk kau...jika tiada lepaskn die..dan terus biarkan die berlalu...aku rasa kau dah buat yg terbaik utk die...nie janji kau kan..dan janji kau padanya " Jika die perlukan kau..kau sentiasa ada untuknya...kalau die dh ada yg lain die bleh lupakan kau...dan kau xkn ganggu die lagi " betul x apa yg aku ckp...

Teruskn la bernafas Takumi agar kau tidak sakit dlm kesesakkan...Jamiahkan ada...die selalu bersama kau...anggaplah semuanya suratan takdir bahawa kebahagiaan kau belum ditemui lagi..." DAN SENYUMAN ITU BUKAN UTK KAU " tpi ia utk orga lain....aku harap tiada apa yang harus difikirkan..sudah dikatakan lumrah kehidupan....kekecewaan dan kebahagiaan itu permainan dunia....relaks and cool k....
Teruskan mengadap illahi agar ia terus menjadi benteng kekuatan kau....


Hanya kamu yang mengetahui apa yang terbaik Buatku..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...

Ya Allah,
Seandainya telah engkau catatkan die miliku, tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkan kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihani...

Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami..

Tetapi Ya Allah...

Seandainya telah engkau takdirkanku..
Dia bukan miliku..
Bawalah die jauh dari pandanganku..
Lumpurkanlah die dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti...
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh dari dada langitku..
Hilang bersama senja yang merah..
Agarku sentiasa tenang..
Walaupun tanpa bersama denganya..

Ya Allah yang tercinta..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya engkau maha mengetahui..
Segala yang terbaik buat hambamu ini..

Ya Allah,
Cukuplah engkau saja yang menjadi pemeliharaanku..
Didunia dan akhkirat..
Dengarkanlah rintihan dari hambamu yang dhaif ini..
Janganlah engkau biarkan aku sendirian..
Didunia mahupun di akhirat..
Mengaruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Agar aku dan die sama-sama dapat membina..
Kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah..

Ya Allah,
Berikanlah kami kebahagiaan didunia dan kebahagiaan di akhirat..
Dan peliharalah kami dari azab api neraka...

Amin...Amin..Amin..Ya Rabbal Alamin...

Semoga Khamis Malam Jumaat ini doa aku diperkenankan olehnya...insyallah
Ikhlas Dariku: Ruzaimi Esa 

No comments:

Post a Comment

Semoga Kebahagian kita hingga Ke syurga

Semoga Kebahagian kita hingga Ke syurga

Dari Lagu Hati Aku Berkata:


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com