Wednesday, August 8, 2012

ADAKAH DIA YANG AKU CARI?

4 Ogos 2012...

Pertemuan pertama antara aku dengan dia....membuatkan satu perasaan yang aku sendiri tidak tahu bila ia hadir...

Apakah cerita yang sebenarnya...

Semuanya bermula hanya daripada Facebook...dari liking hingga bermesej di facebook...aku fikirkan hanya setakat disitu perbualan kami...tidak sangka akhirnya aku dapat bertemu face to face ketika aku melawat rakan-rakan di johor bahru tempoh hari...

Itulah malam pertama kami bertemu dan segalanya berlaku...seolah-olah takdir tuhan yang temukan kami...Namun pertemuan kami itu disulami dengan satu trajedi..akan tetapi ia bukan terjadi pada kami, tapi pada insan lain..kami hanya berkesempatan untuk melihat kejadiaan itu dan membuat keputusan untuk membantu mangsa kemalanagan...perasaan aku sangat gementar seolah-olah aku yang menimpa kemalanagan itu..tetapi nasib ada dia, semuanya kembali tenang..denyutan jantung dan getaran tangan semakin tenang apabila melihat wajahnya yang sentiasa tenang dan setia bersama aku termasuklah die gelakkan telatah aku ketika itu...Ya Allah alangkah bagusnya die akan ada sentiasa bersama disisi ku...suatu hari nanti..

Mata aku seolah-olah tidak mahu memandang lain apabila bersamanya....Satu malam yang penuh indah, almost 2 years aku sunyi dan sepi..hingga aku bertemu denganya...walaupun ketika itu aku agak janggal dan kelihatan jiwang..tapi aku x mampu untuk sembunyikan EGO aku sebagai seorang lelaki...:)

Sungguh besar pengertiaan malam itu hinggakan aku memberitahu die.. " KEKADANG BERCINTA HANYA SATU MALAM ITU LEBIH INDAH DARI MALAM-MALAM SEBELUM INI "

Jika itulah adalah takdir dan ketentuan illahi yang telah pertemukan kami, dengan nama Allah aku terimanya dengan hati terbuka....Dialah yang telah berjaya buka hati aku...Terima kasih kerana bagi peluang ini untuk aku merasakan semula apakah itu CINTA....

Dengan keserasian kita, akan menjadikan kekuatan untuk aku terus berdiri disini...denyutan pada setiap jantung dan setiap hembusan nafas aku hanya ingin merasakan kebahagiaan bersama kamu...



Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...

Ya Allah,
Seandainya telah engkau catatkan die miliku, tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkan kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihani...

Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami..

Tetapi Ya Allah...

Seandainya telah engkau takdirkanku..
Dia bukan miliku..
Bawalah die jauh dari pandanganku..
Lumpurkanlah die dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti...
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh dari dada langitku..
Hilang bersama senja yang merah..
Agarku sentiasa tenang..
Walaupun tanpa bersama denganya..

Ya Allah yang tercinta..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya engkau maha mengetahui..
Segala yang terbaik buat hambamu ini..

Ya Allah,
Cukuplah engkau saja yang menjadi pemeliharaanku..
Didunia dan akhkirat..
Dengarkanlah rintihan dari hambamu yang dhaif ini..
Janganlah engkau biarkan aku sendirian..
Didunia mahupun di akhirat..
Mengaruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Agar aku dan die sama-sama dapat membina..
Kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah..

Ya Allah,
Berikanlah kami kebahagiaan didunia dan kebahagiaan di akhirat..
Dan peliharalah kami dari azab api neraka...

Amin...Amin..Amin..Ya Rabbal Alamin...

ZAFIRAH BINTI BACHOK terima kasih untuk semua ini walaupun kita belum tahu sejauh mana perhubungan ini.....



No comments:

Post a Comment

Semoga Kebahagian kita hingga Ke syurga

Semoga Kebahagian kita hingga Ke syurga

Dari Lagu Hati Aku Berkata:


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com